Zulhilmi Bin Mohamed Sidek, berumur 29 tahun dan meminati dunia saham.Di awal umur 20tahun didedahkan dgn saham terbitan oleh keluarga yang membeli beberapa saham terbitan dan selalu menyemak harga pergerakan saham di akhbar..,tetapi tidak tahu sangat pasal papan saham pun.Disebabkan tiada pendedahan yang formal minat terhenti tetapi buku pertama yang saya beli adalah buku tulisan bekas Presiden bursa Saham Kuala Lumpur Dato'Salleh Majid berjedul " Bursa Saham".Sewaktu bekerja sebagai seorang attendent parking kereta di Plaza Masalam Shah Alam ketika berusia 20 tahun, mengenali seorang bekas remiser yang sudah jatuh tersungkur sewaktu krisis ekonomi Malaysia Melanda pada tahun 1997-1998.Remiser tersebut yang aku kenali sebagai abang Man adalah supervisor parking tempat aku bekerja dan dia menceritakan selok belok saham tapi aku tak berapa paham..cuma minat yang mendalam.maklumla..aku tengok nyonya2 dan Apek2 selalu tgk TV berwarna warni semasa zaman sekolahku di Melaka.bila dah tamat belajar minat terhadap pergerakan saham yang macam ular menarik perhatian aku tambahan pulak tempat aku bekerja di Plaza Masalam terdapat satu syarikat pengurus Saham Hwang DBS.kadang2 aku curi2 jugak naik ke tingkat berapa ntah aku pun tak ingat untuk melihat screen besar yang menayangkan pergerakan harga saham.ada yang warna hijau,merah.aku tengok gelagat orang yang bermain saham..begitu khusyuk menghabiskan masa melihat papan screen tersebut sambil menelefon.Dalam hati aku bila la aku boleh jadi seperti mereka..mempunyai kereta besar, masa yang banyak dan yang lebih penting "Poket Tebal".daripada situ aku bertanya dgn supervisor aku macam mana nak bermain saham..pada masa tu mana ada internet sgt.so abg Man mengajar aku selok belok serba sedikit dan yang paling penting adalah untuk membuka akaunCDS.aku pun dikenalkan dengan seorang remiser di Hwang DBS dan dengan modal RM20 aku membuka akaun CDS.pada masa itu aku bercita-cita nak menjadi seorang remiser tapi tiada siapa memdedahkan aku bagaimana nak menjadi seorang remiser.Pada ketika itu aku membaca kemewahan kehidupan seorang yang bergelar Remiser.akhirnya ,aku rasa sukar untuk melibatkan diri dalam dunia saham pada ketika itu kerana faktor wang.aku berfikir kalau tiada wang yang banyak jangan bermimpi hendak bermain saham....ntah macam mana melihat blog Zam Saham ni aku rasa tergerak hati utk mempelajari selok belok bermain saham yang betul.hehe..aku pun salah satu mangsa penipuan saham internet dulu (Taubat tak Nak libatkan diri lagi).aku tercari2 dan menunggu masa yang sesuai...dan platform Zam Saham ini membuka hati aku dan masyarakat diluar sana untuk mempelajari ilmu yang kurang diambil tahu oleh rakyat Malaysia lagi...inilah "lubuk Emas" yang perlu kita semua gali...sekian sahaja "Semoga Berjaya Bersama"
Monday, November 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semoga kita bersama-sama memeriahkan lagi pasaran saham kita..
ReplyDeleteTq atas komen anda
zamsaham
21 Jan 2010